KUIH KOSUI

stadbaz-sw-kosui

BAHAN-BAHANNYA:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1/2 cawan tepung beras
- sedikit air kapur (1/4 sudu teh kapur)
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan gula merah
- kelapa parut

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Masakkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air sehingga larut dan biarkan sejuk. (Jika suka masukkan sehelai daun pandan).
2. Campurkan tepung gandum, tepung ubi dan tepung beras ke dalam bekas.
3. Masakan gula yang telah sejuk tadi, ditambah dengan air menjadikannya 4 cawan lalu dimasukkan ke dalam bancuhan tepung dan dikacau.
4. Masukkan juga bancuhan air kapur sebanyak 1/2 cawan ke dalam bancuhan tepung.
5. Sediakan loyang dan masukkan bancuhan tepung yang telah ditapis.Kukus selama 15 hingga 30 minit.
6. Setelah sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut(dicampur dengan sedikit garam).

Nota: Resepi Kuih Kosui ini telah disumbangkan oleh Puan Wan Juriah, Bandra, Mumbai, isteri kepada Hj. Rahim dari Immigresen Malaysia di Mumbai. Menurutnya, resipi ini adalah resipi Elie (Zilia Aztar – bekas ahli PERWAKILAN MUMBAI), cuma diubahsuai bahagian 1 cawan tepung ubi menjadi 1/2 cawan  ditambah dengan tepung beras. Puan Wan Juriah juga ingin mengucapkan kepada semua – SELAMAT MENCUBA!!!

11 responses

  1. saya tak faham yang ni lah…boleh terang kn tak…. 4 cawan??maksudnya kita masuk kn gula yg di masak td….n then tmbh pulak 2 cawan air lg….

  2. 3. Masakan gula yang telah sejuk tadi, ditambah dengan air menjadikannya 4 cawan lalu dimasukkan ke dalam bancuhan tepung dan dikacau. maksud sya yg no 3 ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s