MAJLIS BACAAN YASIN 5/2009, TAZKIRAH, TAHLIL DAN KENDURI ARWAH

Majlis Bacaan Yasin yang ke-5 dan tazkirah telah berlangsung pada 11 Oktober 2009 (Ahad) di kediaman En. Othman Abdullah dan Puan Mazidah di Bandra, Mumbai, India. Atas permintaan tuan rumah, tahlil dan kenduri arwah juga turut diadakan pada hari tersebut.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Zohor beramai-ramai dan diimamkan oleh En. Noraslan Hadi Abdul Kadir (dari MATRADE). Jamuan makan tengahari yang disediakan secara ‘potluck’ dilangsungkan sejurus selepas solat Zohor selesai. Menu utama iaitu nasi minyak dan kurma daging disediakan oleh tuan rumah.

DSC03825

Setelah itu, En. Azmee Nin telah membuka Majlis Bacaan Yasin dan acara membaca Yasin dilakukan dan diikuti tahlil ringkas untuk Allahyarham ibubapa En. Othman dan Puan Mazidah.

aDSC03870

Setelah itu, sesi tazkirah diadakan dan diberi oleh En. Noraslan Hadi. Beliau telah memilih “Menghayati Kesan Ramadhan’ sebagai tajuk tazkirah kali ini, dimana berikut adalah beberapa petikan yang diambil dari teks ucapan beliau:

“Didikan Ramadan yang mendisiplinkan kita dari mula bangun bersahur sehinggalah kita hendak tidur semula, memberikan sesuatu pengisian yang sangat bermakna dalam menjalani kehidupan yang berkualiti. Alangkah elok dan baiknya, sekiranya kita dapat mengekalkan rutin harian sepertimana hari-hari Ramadan yang kita lalui selama sebulan lalu”.

“Kemeriahan Idulfitri masih dapat dirasakan. ramai di kalangan kita pada masa ini berebut-rebut mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka, menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan rakan… Sememangnya budaya mulia ini telah menjadi tradisi bagi masyarakat kita”.

“Ini bertepatan dengan usaha-usaha murni menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. iaitu amalan berziarah dan memberi makan. Jika pada waktu atau bulan-bulan yang lain, kita tiada kesempatan kerana kesibukan dengan tugas mengurus rutin harian, sehinggakan jiran yang tinggal bersebelahan rumah pun jarang-jarang bertegur sapa, maka dikesempatan inilah kita dapat menjalinkan semula keakraban dengan jiran tetangga, sahabat handai dan rakan taulan”.

“Islam mengajar kita melakukan sesuatu pekara secara bersederhana. Dalam keghairahan sesetengah kita meraikan Idulfritri dengan membuat rumah terbuka, janganlah sampai kita melakukan pembaziran. Sesetengahnya pula, tiada kemampuan tetapi sanggup berhutang dan bergolok bergadai semata-mata kerana ingin membuat rumah terbuka, kononnya malu dengan kawan-kawan dan jiran-jiran tetangga jika tidak membuat rumah terbuka”.

Firman Allah SWT didalam Surah al-Israk ayat 26-27:

Maksudnya: “Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah kami berbelanja dengan sangat boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya”.

“Dalam kesibukan kita memenuhi jemputan… janganlah kita lupa melaksanakan amalan yang sangat dituntut iaitu berpuasa 6 hari di bulan Syawal.”

Dalam teks ucapan itu, En. Noraslan Hadi turut menyelitkan pesanan Rasulullah S.A.W. kepada Aisyah r.a. berbunyi seperti dibawah:

Rasullullah S.A.W. berpesan kepada Aisyah r.a. :”Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:

1. Sebelum khatam Al-Quran.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum pada muslim merdhai kami.

4. Sebelum kau laksanakan Haji dan Umrah.

Bertanya Aisyah r.a. “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut?”

Rasulullah S.A.W. tersenyum dan bersabda: “Jika engkau tidur, bacalah Al-Ikhlas 3 x seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran. Membacalah solawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin, maka meraka akan meredhai kami. Dan, perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah”.

aDSC03878

Akhir sekali, setelah sesi tazkirah selesai, solat fardhu Asar dilakukan beramai-ramai dengan diimamkan lagi sekali oleh En. Noraslan Hadi.

aDSC03900

Selepas solat Asar, tetamu dijemput menikmati jamuan makan petang yang juga disediakan ala potluck. Majlis tamat pada pukul 4.15 petang. Klik disini untuk foto-foto selanjutnya.

Nota: PERWAKILAN MUMBAI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Othman Abdullah sekeluarga kerana sudi menjadi hos untuk Majlis Bacaan Yasin kali ini dan juga kepada ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI yang lain kerana hadir dan menyumbangkan sedikit lauk pauk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s