MAJLIS BACAAN YASIN 1/2009 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

yassin

Pada 7 March 2009 bersamaan 10 Rabi’ul Awal 1430H yang lepas PERWAKILAN MUMBAI buat pertama kalinya telah berjaya menganjurkan majlis ilmu dan bacaan Yasin disamping meraikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI yang beragama Islam beserta keluarga di kediaman Puan Waheedabi Abd Karim.

Majlis tersebut di mulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis, Encik Rosli Mohd Yusof, dan diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Penaung PERWAKILAN iaitu YBhg. Encik Wan Zaidi Wan Abdullah. Setelah itu, Puan Wan Juriah telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk Maulidur Rasul. Antara tajuk yang terdapat didalam tazkirah tersebut ialah mengenai peristiwa kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku pada hari baginda S.A.W dilahirkan, mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap Nabi Muhammad S.A.W di saat kelahirannya dan kisah-kisah sepanjang zaman kanak-kanaknya. Puan Wan Juriah juga mengingatkan kepada semua hadirin yang ada, sempena hari Keputeraan Rasulullah S.A.W supaya meningkatkan lagi amalan-amalan fardhu dan sunat serta memperbanyakkan lagi selawat ke atas Nabi S.A.W kita. Majlis kemudian di teruskan lagi dengan Solat Maghrib yang di imamkan oleh Haji Abdul Rahim, solat hajat sempena pemergian Puan Waheedabi sekeluarga ke Mekah bagi menunaikan umrah, bacaan Yasin, Selawat dan Solat Isyak.

Hadirin kemudiannya dijamu makan malam secara potluck, dimana Puan Waheedabi telah menyediakan nasi ayam yang cukup menyelerakan dan disamping pelbagai kuih muih yang telah disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI. Majlis berakhir pukul 10.00 malam.

• Terima kasih kepada AJK Agama dan Pembelajaran kerana berjaya menganjurkan Majlis Ilmu dan Amal yang pertama.

• Terima kasih kepada Puan Wan Juriah diatas kesudian beliau menyampaikan tazkirah dan berkongsi ilmu dengan ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI.

• PERWAKILAN MUMBAI mengucapkan selamat mengerjakan Umrah kepada Puan Waheedabi sekeluarga juga selamat pergi dan kembali ke Mumbai.

img_21531

img_2175

img_2185

Klik disini untuk melihat foto-foto seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s