CREAM CARAMEL

cream-caramel

*

BAHAN-BAHAN ‘A’:

160 gm gula kasar

6 sudu besar air

*

BAHAN-BAHAN ‘B’:

500 ml susu segar

6 biji telur

100 gm castor sugar ( kalau tak ada guna gula biasa pun tak apa)

1/2 sudu kecil esen vanilla

*

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Masukan Bahan ‘A’ ke dalam non-stick pan. Kalau tidak ada, guna pan biase je. Cuma, kalau guna non-stick senang nak cuci.

2. Masak hingga gula keperangan. Macam warna amber cenggitu. Jangan perang sangat nanti pahit tak sedap lak Cream Caramel nanti.

3. Bila sudah keperangan terus tutup api dan masukkan sebatian tadi terus ke dalam acuan. Biarkan seketika hingga ia keras sendiri (dalam 5 minit jer).

4. Sementara itu, bolehlah siapkan bancuhan untuk pudingnyer.

5. Masukkan Bahan ‘B’ ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Tip penting – jangan kacau hingga kembang, cukuplah sekadar gula dan telur mesra dan sebati. Sebab itulah kena guna castor sugar. Mudah larut. Kalau gula kasar lambat sikit.

6. Tapiskan bancuhan ke dalam acuan yg berisi gula hangus tadi.

7. Tutupkan acuan dengan cling wrap. Ini untuk mengelakkan air wap menitik masuk dlm puding.

8. Kukus dengan api yang sederhana selama 40 minit. Kalau guna api besar puding akan berlubang2 macam cheese, jadi guna api sederhana puding akan jadik smooth and silky.

9. Nak tau puding dah masak ke belum, cuba cucuk bahagian tengah pudding ngan lidi. Kalau lidi bersih maknanya dah masak, tapi kalau da selalu buat puding nanti, sekali tengok je dah tau puding tu dah masak. Jadi, practice makes perfect beb!

10. Bila dah masak, sejukkannya. Puding ni sedap dimakan ketika sejuk. Boleh dimasukkan dalam fridge. Lebih sedap kalau simpan semalaman dalam fridge. Puding lebih mantap. Kalau masak dan simpan hanya untuk 2/3 jam puding akan cepat pecah bila diterbalikkan. Tapi kalau emergency case boleh dimasukkan puding tadi dalam freezer but not more than 1 ½ hours.

11. Bila dah sejuk, terbalikkan acuan kedalam pinggan lebar dan sedia untuk santapan. Yum yum….

*

Nota: Resepi ini adalah sumbangan Puan Rosmayati Roslin, South Mumbai, India.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s