MAJLIS BACAAN YASIN 2/2009 DAN TAZKIRAH

Majlis Bacaan Yasin 2/2009 dan tazkirah telah berjaya disempurnakan pada 11 April 2009 di rumah Puan Wan Juriah, Bandra, Mumbai. En. Mohd Rosli b. Hj. Yusof selaku Pengerusi Majlis pada petang itu telah membuka majlis tersebut pada lebih kurang pukul 6.20 petang dan lalu menjemput Puan Zuhaila Abdul Latif, Pengerusi PERWAKILAN MUMBAI untuk memberikan sepatah dua kata. 

Seterusnya, sessi tazkirah dimulakan, kali ini dengan tajuk ‘PENTINGNYA MENDIRIKAN IBADAH SOLAT’. Tazkirah telah disampaikan oleh tuan rumah, Puan Wan Juriah dan beliau menekankan bahawa setiap umat Islam wajib menunaikan ibadah solat 5 waktu setiap hari dan haruslah melatih anak-anak semasa kecil lagi untuk turut mendirikan solat.

Majlis diteruskan dengan solat fardhu Maghrib yang diimamkan oleh Tuan Haji Rahim, suami kepada Puan Wan Juriah, bacaan Yasin, tahlil dan solat Isya’. Setelah selesai bersolat Isya’, para tetamu dijamu makan malam ala potluck, dimana Puan Wan Juriah telah menyediakan nasi tomato dan kuah dalca daging kambing. Jamuan makan malam itu turut diserikan oleh hidangan-hidangan lain dan pencuci mulut yang dibawa oleh para ahli PERWAKILAN MUMBAI. Majlis berakhir pada pukul 10.15 malam.

PERWAKILAN MUMBAI ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK Agama dan Pembelajaran, Puan Asiah Jaafar atas usaha beliau. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Puan Wan Juriah sekeluarga kerana sudi menjadi hos untuk majlis kali ini. Akhir sekali, jemputlah tengok gambar-gambar menarik yang sempat ditangkap sewaktu majlis berlangsung. Sila klik pada thumbnails dibawah untuk enlarge.

dsc_02831 dsc_0276 dsc_0291

dsc_0297 dsc_0301 dsc_0305

dsc_0320 dsc_0350 dsc_0334 dsc_0329

  Untuk gambar-gambar seterusnya, sila klik di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s