KELAS BAHASA MELAYU UNTUK ANAK-ANAK PERWAKILAN MUMBAI 2/2009

Kelas Bahasa Melayu 2/2009, iaitu yang kedua untuk tahun ini telah dijalankan dengan jayanya hari ini, 19 April 2009, di American School of Bombay, Bandra-Kurla, Mumbai. Kelas telah dimulakan awal sedikit iaitu pada pukul 11.45 pagi memandangkan kesemua anak-anak PERWAKILAN MUMBAI yang mendaftar telah hadir.

Puan Julia Idaly, selaku tenaga pengajar kali ini telah menyediakan ‘handouts’ kepada anak-anak tersebut dan kelas dimulakan dengan nyanyian lagu nasional ‘NEGARAKU’ dan bacaan ikrar ‘RUKUNEGARA’. Seterusnya, anak-anak diberi keterangan mengenai bendera Malaysia dan diberi tunjuk ajar mengenai nama-nama negeri yang terdapat di Malaysia. Anak-anak dilatih untuk mengeja dan menulis sendiri nama-nama negeri tersebut di atas kertas ‘handouts’ yang diberikan. Akhir sekali, setiap anak-anak telah disuruh secara bergilir-gilir membaca karangan pendek yang bertajuk ‘TEMPAYAN RETAK’.

Kelas tamat pada pukul 12.45 petang.

adsc02055

adsc02064

adsc02063

Klik disini untuk foto-foto seterusnya.

Nota: Perwakilan Mumbai mengucapkan terima kasih kepada Puan Julia Idaly kerana sudi untuk menjadi tenaga pengajar bagi Kelas Bahasa Melayu untuk anak-anak PERWAKILAN MUMBAI kali ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s