MAJLIS BACAAN YASIN 3/2009

Pada 23 Mei 2009 pukul 6.00 petang, telah berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin yang ke-3 untuk tahun ini di kediaman Puan Julia Idaly di Navi Mumbai, India.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Maghrib beramai-ramai dan diimamkan oleh Tuan Haji Rahim. Setelah itu, En. Wan Zaidi Wan Abdullah telah membuka Majlis Bacaan Yasin dan acara membaca Yasin dilakukan dan diikuti tahlil ringkas. Akhir sekali, solat fardhu Isya’  dilakukan beramai-ramai dengan diimamkan lagi sekali oleh Tuan Haji Rahim. 

Setelah semuanya selesai, tetamu dijemput menikmati jamuan makan malam yang disediakan secara ‘potluck’ dimana menu kali ini adalah hidangan ala kampung. Tuan rumah, Puan Julia Idaly telah menyediakan nasi putih, kerabu sotong, sup petola dan potongan buah mangga dan ditambahserikan lagi hidangan-hidangan yang dibawa oleh para tetamu seperti daging cicah air asam, ketam masak cili, sambal mangga, kari bebola daging, kari kepala ikan dan juga pencuci mulut yang lazat-lazat seperti ‘cream caramel’ dan kuih kole kacang.

Majlis tamat pada pukul 11.00 malam.

PERWAKILAN MUMBAI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Julia Idaly dan suami kerana sudi menjadi hos untuk Majlis Bacaan Yasin kali ini dan juga kepada ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI yang lain kerana hadir.

aDSC_0081 aDSC_0102 aDSC_0105

aDSC_0120 aDSC_0141 aDSC_0158

Klik pada gambar untuk saiz gambar yang lebih besar dan jelas atau klik disini untuk lihat gambar-gambar seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s