MAJLIS BACAAN YASIN 4/2009 DAN MAJLIS SEMPENA MENYAMBUT MALAM NISFU SYA’ABAN & KEDATANGAN BULAN RAMADHAN

Majlis Bacaan Yasin 4/2009 dan juga majlis sempena menyambut malam Nisfu Sya’aban dan kedatangan bulan Ramadhan telah diadakan semalam, 6 Ogos 2009, di rumah Puan Asiah Jaafar di Bandra, Mumbai, India.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diimamkan oleh Tuan Haji Rahim. Seterusnya, En. Mohd Rosli b. Haji Yusof menyampaikan sepatah dua kata mengenai tujuan majlis sebegini diadakan dan mengucapkan terima kasih kepada para hadirin kerana kesudian mereka untuk hadir di majlis tersebut. Setelah itu, seluruh hadirin dijemput beramai-ramai membaca Yasin sebanyak tiga kali dituruti dengan solat Isya’ secara berjemaah.

Sebelum bersurai, para hadirin dijamukan dengan hidangan makan malam secara ‘potluck’ yang lazat-lazat belaka.

aDSC02961

aDSC02973

aDSC02984

aDSC03006

Klik disini untuk gambar-gambar seterusnya.

Nota: PERWAKILAN MUMBAI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Asiah Jaafar sekeluarga kerana sudi menjadi hos kepada majlis tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s