LAKSAM

laksam

Bahan-bahan untuk laksam:

1kg tepung beras

17 cawan air sejuk

ataupun

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

5 cawan air sejuk.

*

Bahan-bahan untuk kuah laksam:

1-2 biji kelapa untuk santannya.

4-5 ekor ikan kembung (direbus dan di’blend’kan)

4-5 biji bawang merah

1 biji bawang besar

2 inci halia

2-3 cubit lada hitam (dititik)

3-4 keping asam keping

Gula secukup rasa

Garam secukup rasa

*

Bahan-bahan untuk hiasan:

Taugeh

Kacang panjang yang dipotong halus

Bunga kantan (dikisar-kisar atau disagat)

Daun kesom (juga disagat)

Sambal belacan (belacan, cili kering, sedikit udang kering, perahan asam limau nipis, garam di’blend’kan sekali)

*

Cara membuat laksam:

1 kg tepung beras dibancuh dengan lebih kurang 17 cawan air sejuk ataupun 3 cawan tepung beras, 1/2 cawan tepung gandum dibancuh dgn 5 cawan air sejuk. Cubalah sebelum kukus dengan melengserkannya pada penutup periuk atau mana-mana bekas dengan sedikit minyak. Kemudian, kukus bahan-bahan tersebut. Setelah ia masak, biarkan sejuk sebelum menggulung dan memotongnya.

*

Cara membuat kuah laksam:

Santan dicampur dengan ikan kembung rebus yang telah di’blend’kan tadi. Bawang merah, bawang besar dan hali juga hendaklah di’blend’kan dan dimasukkan dalam campuran santan dan ikan kembung rebus tadi. Seterusnya masukkan lada hitam yang dititik, asam keping, gula dan garam. Masak campuran tersebut dan mesti dikacau hingga sekali mendidih(tidak boleh mendidih lama). Apabila ditutup apinya, mesti dikacau lagi hingga sebati. Kepekatan kuah adalah bergantung pada citarasa individu. Hidanglak laksam anda dengan bahan-bahan hiasan yang telah dinyatakan diatas.

*

Nota: PERWAKILAN MUMBAI DOT COM ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Wan Juriah (bekas ahli PERWAKILAN MUMBAI) atas kesudian beliau berkongsi resepi laksam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s