Resepi ini adalah untuk kuantiti biskut sebanyak 60-75 biji.
Bahan- bahan:-
• 300gm mentega atau margerin
• 375gm tepung gandum
• 130gm tepung jagung
• 100gm gula icing
• 1/2 sudu teh esen vanila
*
Bahan hiasan:-
• 1 biji putih telur
• 100gm gula icing
• 1 sudu besar tepung jagung
*
Cara-cara membuatnya:
1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. ketepikan.
2. Pukul mentega atau margerin dan gula icing hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk “heart”.
6. Sapukan HIASAN (sila lihat “HIASAN” di bawah) ke atas biskut yang telah diterap. Untuk melorek, gunakan penyunkil gigi.
7. Bakar pada suhu 150 celcius selama 20- 30 minit, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
Cara menyediakan bahan hiasan:-
8. Pukul putih telur hingga gebu.
9. Masukkan gula dan tepung. kacau sebati.
10. Ambil 1 sudu besar adunan dan titiskan dengan pewarna atau emulco kegemaran anda.
11. Sapukan putih telur ke atas biskut
12. Lorekkan dengan adunan yg telah dicampur dengan pewarna/emulco.
Nota: PERWAKILAN MUMBAI DOT COM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rahfesta Rahman kerana sudi berkongsi dengan kami resepi Mama Carries Cookies tersebut.