MAJLIS BACAAN YASIN 3/2010 DAN TAHLIL

Acara bacaan Yasin bulanan 3/2010 beserta tahlil ringkas anjuran PERWAKILAN MUMBAI telah berjaya diadakan pada 8 Mei 2010 (Sabtu) di kediaman Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, En. Wan Zaidi bin Wan Abdullah.

Konsul Jeneral beserta keluarga telah berbesar hati untuk menjadi hos untuk majlis kali ini. Majlis ini bertamba…h seri dengan kehadiran tetamu dari Jabatan Immigresen Malaysia di New Delhi dan Chennai.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh En. Noraslan Hadi (MATRADE) diikuti majlis bacaan Yasin dan tahlil ringkas yang diketuai oleh tuan Konsul Jeneral sendiri.

Majlis diteruskan dengan solat Isya’ berjemaah yang lagi sekali diimamkan oleh En. Noraslan Hadi sebelum tetamu semua dijemput menikmati juadah makan malam. Juadah makan malam telah disediakan oleh isteri Konsul Jeneral sendiri, Puan Zuhaila Abd Latif (Pengerusi PERWAKILAN MUMBAI) manakala pencuci mulut adalah secara ‘potluck’.

Konsul Jeneral dan isteri turut mengambil kesempatan ini untuk meraikan ulangtahun kelahiran kedua-dua anak mereka, Shafiqa (13 tahun) dan Firzana(11 tahun).

Konsul Jeneral dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada para tetamu yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.

Terima kasih juga dari ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI kepada beliau dan isteri atas jemputan mereka.

   

   

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s