KARIPAP PUSING

KARIPAP PUSING
DOH BERMINYAK
BAHAN-BAHAN:
150 gm (butter + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur)
300 gm tepung gandum
………………………………
DOH BIASA
BAHAN-BAHAN:
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

CARA-CARANYA (boleh lihat pada gamba)
1 : Butter @ shortening di uli dgn 300 gm tepung ( uli hingga doh licin dan tidak melekat)
Uli doh sampai seolah2 berminyak.
Jadikan kepada 8 doh kecil (agak-agak sebesar ibu jari)
2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh
3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sangat dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar seperti bola pingpong.
4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar (sila perhati pada gamba)
5 : Setelah itu, ambil doh gulungan tikar tadi dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni…kemudian gulung semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggulong adalah sbyk 2 kali).
6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 2 bhgn atau kepada 4 bhgn bergantung pada saiz gulungan.
Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa dan bolehlah di goreng

INTI KARIPAP
BAHAN-BAHAN:
600gm potato atau ubi keledek- potong dadu
500gm bawang besar- potong dadu
3/4 cwn daging atau isi ayam cincang
sedikit minyak- untk menumis
3 sb rempah kari
3@4 ulas bawang putih
gula – secukup rasa
garam- secukup rasa
sedikit air asam jawa (optional)

CARA-CARANYA:
1.DI dalam kuali , panaskan minyak… masukkan potato atau ubi keledek… masak sampai empuk, tos dan ketepikan.
2.kuali yg sama, dan minyak lebihan mengoreng masukkan bawang & bawang putih yang telah di blend…biar sebentar hingga terbit wangi
3. Masukkan rempah kari, daun kari jika ada.
4. Masukkan daging atau isi ayam,kacau sekejap
5. Masukkan potato atau ubi keledek yang telah empuk tadi, kacau sebati.
6. Masukkan gula & garam & air asam jawa.
Sesuaikan rasa, tutup api dan sejukkan

 

Recipee by Puan Zuhaila Abdul Latif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s