HEAVEN CHEESE CAKE RECIPEE

CHEESECAKE RECIPEE
Bahan A – lapisan dasar kek:
160 gm biskut digestive yang telah dihancur halus
100 gm mentega – dicairkan

Bahan B – lapisan atas kek:
500 gm krim keju – pada suhu bilik – wani pakai 2 bar keju philadelphia 226gm each.
180 gm gula
1 sudu besar jus lemon – kalau pakai sesudu kecil esen lemon pun ok!
½ biji parutan kulit lemon – tak de pun ok
25 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur saiz sederhana- ( asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur sampai kembang)

Cara-caranya:
Lengser acuan kek (springform) dengan marjerin. Balutkan sekeliling acuan dengan alluminium foil.

Bahagian bawah kek:
– Gaul bahan A dan tekan adunan ini ke dalam acuan hingga mampat. Masukkan dalam peti sejuk sementara buat bahan B.

Bahagian atas kek:
– Putar keju dan gula hingga kembang dan gebu. Tambahkan jus lemon, parutan kulit lemon dan esen vanila dan putar hingga sebati. Masukkan telur satu demi satu diselang seli dengan tepung gandum dan putar hingga licin.
– keluarkan acuan dan balut dengan aluminum foil 4 atau 5 layer.
– Tuang adunan keju ke atas dasar biskut yang telah disediakan.

Bakar:
– Letakkan acuan kek dalam dulang berisi air sedalam 1 inci. Bakar pada suhu 325°F/170°C selama 1 jam 20 minit. Bergantung pada oven! Bakar sampai brown sikit kat atas.
– Keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan ia sejuk. Kemudian dinginkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam. Keluarkan kek dari acuan dan hidangkan.

Tips dapur –

1. tabur gandum dalam sesudu besar atas tray yg sudah di sapu butter/marjerin supaya base tidak melekat.
2. tip memotong – celup pisau dalam air panas, lap sebelum potong cheesecake. ulang sampai habis potong.
3. Utk hancurkan biskut digestive, masukan dalam plastik dan hentam/tumbuk pakai lesung sampai hancur

 

Recipee by Puan Salwani Anuar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s