SELAMAT MENYAMBUT DEEPARAYA 2011

Saya bagi pihak semua ahli Perwakilan Mumbai dan keluarga ingin mengucapkan ‘Happy Deepavali’ kepada rakyat Malaysia yang menganut agama Hindu dan ‘Selamat Hari Raya Aidil Adha. Maaf, Zahir dan Batin’ kepada Muslimin dan Muslimat di seluruh pelusuk dunia.

Semoga kedua-dua perayaan tahun ini disambut penuh gembira dengan semangat 1Malaysia yang muhibah seperti tradisi masa-masa lalu. Sempena DeepaRaya 2011, Konsul Jeneral akan bersama-sama menghoskan resepsi pada Hari Raya Aidil Adha bertempat di Kediaman Rasmi untuk semua rakyat Malaysia dan keluarga yang bermastautin atau berada di Mumbai ketika itu.

Sekian, terima kasih.

Salam 1Malaysia,

Siti Hazura

Pengerusi Perwakilan Mumbai

Leave a comment