PERWAKILAN MUMBAI DOT COM ingin mengucapkan seluruh umat Islam Selamat Menyambut Awal Muharram (Maal Hijrah) 1431 pada 18 Disember 2009. Jangan lupa baca doa akhir tahun selepas solat asar dan doa awal tahun selepas solat maghrib nanti.
Hari Awal Muharram atau juga dikenali sebagai Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ini adalah kerana ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Ia berlaku pada 1 Muharam dimana ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.