KEK KUKUS LAPIS MASAM MANIS

Kek Lapis Kukus Masam Manis

Bahan- bahan:-

250gm butter

1 ¼ cawan gula castor

7 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

1 bungkus biskut cream creakers ‘Hup Seng’ = 428gm (15.1oz)

½ cawan susu segar

½ cawan susu pekat

3 jenis pewara yang disukai

Asam deduwit secukupnya

*

Cara- cara membuatnya:-

1. Sediakan pengukus, griskan loyang. Sementara itu kisar biskut cream crackers hingga hancur.

2. Pukul butter dan gula castor sehingga kembang, masukkan telur sebiji sebiji.

3. Masuk esen vanilla, susu segar dan susu pekat.

4. Masukkan biskut yang telah dikisar sedikit sedikit.

5. Bahagikan kepada 3 warna iaitu merah, warna asal dan hijau.

6. 4 sudu untuk 1st. layer dan kukus selama 10 minit.

7. Untuk 2nd layer – ratakan warna merah dan kukus 10 minit.

8. Untuk 3rd. layer – ratakan warna hijau dan kukus 10 minit

9. Untuk 4th. layer – bolehlah diletakkan asam deduwit dan kukus lagi selama 10 minit.

10. Ulangi proses melapis sehingga habis.

11. Biarkan sejuk dan siap untuk dihidangkan.

*

Tips:-

1. Masukkan kek ke dalam oven (medium heat) selama 10 minit untuk dapatkan kek yang tahan lama.

2. Sila layari laman web http://azzaliza.fotopages.com untuk melihat proses melapis dengan betul dan teliti.

 

Nota: PERWAKILAN MUMBAI DOT COM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rahfesta Rahman kerana sudi berkongsi resepi Kek Kukus Lapis Masam Manis ini dengan kami.

MAJLIS BACAAN YASIN 5/2009, TAZKIRAH, TAHLIL DAN KENDURI ARWAH

Majlis Bacaan Yasin yang ke-5 dan tazkirah telah berlangsung pada 11 Oktober 2009 (Ahad) di kediaman En. Othman Abdullah dan Puan Mazidah di Bandra, Mumbai, India. Atas permintaan tuan rumah, tahlil dan kenduri arwah juga turut diadakan pada hari tersebut.

Majlis dimulakan dengan solat fardhu Zohor beramai-ramai dan diimamkan oleh En. Noraslan Hadi Abdul Kadir (dari MATRADE). Jamuan makan tengahari yang disediakan secara ‘potluck’ dilangsungkan sejurus selepas solat Zohor selesai. Menu utama iaitu nasi minyak dan kurma daging disediakan oleh tuan rumah.

DSC03825

Setelah itu, En. Azmee Nin telah membuka Majlis Bacaan Yasin dan acara membaca Yasin dilakukan dan diikuti tahlil ringkas untuk Allahyarham ibubapa En. Othman dan Puan Mazidah.

aDSC03870

Setelah itu, sesi tazkirah diadakan dan diberi oleh En. Noraslan Hadi. Beliau telah memilih “Menghayati Kesan Ramadhan’ sebagai tajuk tazkirah kali ini, dimana berikut adalah beberapa petikan yang diambil dari teks ucapan beliau:

“Didikan Ramadan yang mendisiplinkan kita dari mula bangun bersahur sehinggalah kita hendak tidur semula, memberikan sesuatu pengisian yang sangat bermakna dalam menjalani kehidupan yang berkualiti. Alangkah elok dan baiknya, sekiranya kita dapat mengekalkan rutin harian sepertimana hari-hari Ramadan yang kita lalui selama sebulan lalu”.

“Kemeriahan Idulfitri masih dapat dirasakan. ramai di kalangan kita pada masa ini berebut-rebut mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka, menjemput sanak saudara, jiran tetangga dan rakan… Sememangnya budaya mulia ini telah menjadi tradisi bagi masyarakat kita”.

“Ini bertepatan dengan usaha-usaha murni menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W. iaitu amalan berziarah dan memberi makan. Jika pada waktu atau bulan-bulan yang lain, kita tiada kesempatan kerana kesibukan dengan tugas mengurus rutin harian, sehinggakan jiran yang tinggal bersebelahan rumah pun jarang-jarang bertegur sapa, maka dikesempatan inilah kita dapat menjalinkan semula keakraban dengan jiran tetangga, sahabat handai dan rakan taulan”.

“Islam mengajar kita melakukan sesuatu pekara secara bersederhana. Dalam keghairahan sesetengah kita meraikan Idulfritri dengan membuat rumah terbuka, janganlah sampai kita melakukan pembaziran. Sesetengahnya pula, tiada kemampuan tetapi sanggup berhutang dan bergolok bergadai semata-mata kerana ingin membuat rumah terbuka, kononnya malu dengan kawan-kawan dan jiran-jiran tetangga jika tidak membuat rumah terbuka”.

Firman Allah SWT didalam Surah al-Israk ayat 26-27:

Maksudnya: “Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah kami berbelanja dengan sangat boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya”.

“Dalam kesibukan kita memenuhi jemputan… janganlah kita lupa melaksanakan amalan yang sangat dituntut iaitu berpuasa 6 hari di bulan Syawal.”

Dalam teks ucapan itu, En. Noraslan Hadi turut menyelitkan pesanan Rasulullah S.A.W. kepada Aisyah r.a. berbunyi seperti dibawah:

Rasullullah S.A.W. berpesan kepada Aisyah r.a. :”Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:

1. Sebelum khatam Al-Quran.

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.

3. Sebelum pada muslim merdhai kami.

4. Sebelum kau laksanakan Haji dan Umrah.

Bertanya Aisyah r.a. “Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut?”

Rasulullah S.A.W. tersenyum dan bersabda: “Jika engkau tidur, bacalah Al-Ikhlas 3 x seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran. Membacalah solawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat dihari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin, maka meraka akan meredhai kami. Dan, perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah Haji dan Umrah”.

aDSC03878

Akhir sekali, setelah sesi tazkirah selesai, solat fardhu Asar dilakukan beramai-ramai dengan diimamkan lagi sekali oleh En. Noraslan Hadi.

aDSC03900

Selepas solat Asar, tetamu dijemput menikmati jamuan makan petang yang juga disediakan ala potluck. Majlis tamat pada pukul 4.15 petang. Klik disini untuk foto-foto selanjutnya.

Nota: PERWAKILAN MUMBAI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Othman Abdullah sekeluarga kerana sudi menjadi hos untuk Majlis Bacaan Yasin kali ini dan juga kepada ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI yang lain kerana hadir dan menyumbangkan sedikit lauk pauk.

MAMA CARRIES COOKIES

Mama Carries Cookies

Resepi ini adalah untuk kuantiti biskut sebanyak 60-75 biji.

Bahan- bahan:-

• 300gm mentega atau margerin

• 375gm tepung gandum

• 130gm tepung jagung

• 100gm gula icing

• 1/2 sudu teh esen vanila

*

Bahan hiasan:-

• 1 biji putih telur

• 100gm gula icing

• 1 sudu besar tepung jagung

*

Cara-cara membuatnya:

1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. ketepikan.

2. Pukul mentega atau margerin dan gula icing hingga kembang.

3. Masukkan esen vanila.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.

5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk “heart”.

6. Sapukan HIASAN (sila lihat “HIASAN” di bawah) ke atas biskut yang telah diterap. Untuk melorek, gunakan penyunkil gigi.

7. Bakar pada suhu 150 celcius selama 20- 30 minit, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.

Cara menyediakan bahan hiasan:-

8. Pukul putih telur hingga gebu.

9. Masukkan gula dan tepung. kacau sebati.

10. Ambil 1 sudu besar adunan dan titiskan dengan pewarna atau emulco kegemaran anda.

11. Sapukan putih telur ke atas biskut

12. Lorekkan dengan adunan yg telah dicampur dengan pewarna/emulco.

 

Nota: PERWAKILAN MUMBAI DOT COM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rahfesta Rahman kerana sudi berkongsi dengan kami resepi Mama Carries Cookies tersebut.

CHEESE CAKE

Cheesecake

Bahan- bahan:

4- 5 keping cheese

200ml susu segar

70gm butter

70gm tepung gandum

70gm gula pasir

4 biji telur

½ sudu teh esen vanilla

*

*

Cara- cara membuatnya:

1. Siat- siatkan kepingan cheese di dalam periuk bersama susu segar.

2. Kacaukan kepingan cheese dan susu segar sehingga cair dan sebati. Kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur.

5. Pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan gula pasir sedikit- sedikit sehingga ‘meringue’.

6. Pukul kuning telur hingga kembang dan tuangkan ke dalam adunan cheese tadi. Hendaklah dipukul sentiasa agar tidak berketul. Setelah itu, masukkan tepung gandum sedikit- sedikit dan gaul sebati.

7. Akhir sekali, adunan meringue dituangkan ke dalam adunan cheese dan masukkan esen vanilla.

8. Gunakan kaedah kaup balik supaya rata.

9. Gliskan acuan kek dengan butter dan taburkan sedikit tepung gandum supaya bahagian bawah kek tidak melekat.

10. Alaskan kertas surih/ A4 paper. Tuangkan adunan ke dalam acuan.

11. Letakkan acuan di dalam dulang pembakar bersama air suam ¼ tinggi dari acuan kek.

12. Bakar pada suhu 170 celcius selama 20 minit dan turunkan suhu kepada 140 celcius untuk 40 minit.

13. Biarkan kek sejuk sebentar, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan hidang.

 

Nota: PERWAKILAN MUMBAI DOT COM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rahfesta Rahman (wakil Jabatan Immigresen Malaysa di Mumbai) kerana sudi berkongsi resepi Cheese Cake ini dengan kami.

KELAS MEMASAK 1/2009 (LAKSAM & LEMANG) OLEH PUAN ZUHAILA ABDUL LATIF

Atas permintaan ramai, Puan Zuhaila telah berbesar hati mengajar ahli-ahli PERWAKILAN MUMBAI cara-cara untuk membuat lemang segera dan laksam pada Jumaat lepas bersamaan 9 Oktober 2009, pukul 10.00 pagi di kediaman beliau.

Ini juga merupakan kelas memasak yang pertama buat tahun dan antara ahli-ahli yang hadir (selain Puan Zuhaila sendiri) adalah Puan Ima Manoharan, Puan Rosmayati, Puan Julia Idaly, Puan Nur Fadzlin, Puan Rahfesta, Puan Mazida, Puan Mahera, Puan Asiah, Puan Waheedabi dan Puan Sharifah Faten. Berikut adalah video menunjukkan cara-cara membuat lemang segera dan laksam.

Cara-cara membuat lemang segera adalah seperti berikut:

  

Untuk laksam, resepi kuah dan mee laksam boleh didapati di sini. Namun begitu, sewaktu kelas memasak ini diadakan, kami cuma mempelajari cara-cara membuat mee laksamnya sahaja. Sila perhatikan video berikut:

Klik disini untuk melihat gambar-gambar riang ria kami semasa kelas memasak ini.

Nota: PERWAKILAN DOT COM ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Zuhaila Abdul Latif kerana sudi mengadakan kelas memasak 1/2009 ini.